Kata-kata Aluan Dato' Ustaz Haji Md Daud Che Ngah

 
Tetamu Allah & Penziarah Rasulullah Yang Dimuliakan,
Assalamualaikum w.b.t
Bersyukur saya kehadrat Ilahi, ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD. telah diizinkanNya untuk meneruskan usaha menjemput serta membimbing saudara dan saudari bagi menyahut seruan Lambaian Baitullah dan Penyucian Jiwa Di Tanah Suci.

Sempena tahun baru 2005, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kesemua tetamu Allah dan penziarah Rasulullah yang telah menyokong ANDALUSIA selama ini. Saya yakin masih ada dikalangan para jemaah yang masih mengingati layan kami serta bimbingan dan kejujuran mutawif ANDALUSIA. Saya sentiasa mendoakan agar PENYUCIAN JIWA selama berada di Tanah Suci dahulu akan kekal abadi dalam sanubari serta dianugerahkan Allah dengan umrah yang maqbullah.

 
Kepada bakal tetamu Allah dan penziarah Rasulullah di musim yang akan datang, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjemput sekalian saudara dan saudari untuk bersama-sama ANDALUSIA dalam ibadah umrah pada tahun 2005 ini. Mudah-mudahan jemputan saya ini dapat diperpanjangkan kepada kaum keluarga dekat dan jauh dan sahabat handai di mana sahaja berada agar manfaatnya dapat kita kongsi bersama.
 
ANDALUSIA menyediakan pakej-pakej umrah yang bersesuaian dengan semua lapisan masyarakat serta menyediakan khidmat nasihat, ceramah, bimbingan juga menganjurkan ziarah ke tempat-tempat bersejarah di Tanah Suci bagi mendekatkan penghayatan jiwa kita kepada sejarah tamadun Islam yang agung. Bagi tujuan menjaga kebajikan jemaah, skim perlindungan Pelan Takaful Keluarga Berkelompok (UMRAH) untuk setiap jemaah yang mengikuti pakej ANDALUSIA disediakan.
 

Akhir kata, saya doakan kesejahteraan saudara / saudari sentiasa agar dipilih sebagai tetamu Allah pada musim ini. Walau syarikat manapun menjadi pilihan saudara / saudari, saya doakan penyucian jiwa melalui ibadah umrah akan diberkatiNya dan dianugerahkan umrah maqbullah. Amin.

 
Sekian, terima kasih. Wassalam.
 
Copyright © 2004 Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (107273-P/KKKP : 1050) | All Rights Reserved